Pengalaman belajar berenang bersama rakan-rakan dan jurulatih Mr. Syafiq, memang menyeronokan yang dulu saya langsung tidak tahu berenang, sekarang boleh lah buat "breaststroke" a.k.a kuak dada
Apa yang saya rasa semasa berenang adalah:
Pernafasan perlu dalam keadaan tenang dan perlahan
Perlu mempunyai stamina yang kuat, secara jujur saya boleh berlari tanpa henti di atas "treadmill" sejauh 4km tanpa henti, tetapi berenang sejauh 23m sahaja sudah cukup membuatkan diri letih dan tidak larat (mungkin baru-baru lagi)
Memerlukan gerakan kaki dan tangan dalam kordinasi yang seimbang
Memerlukan kekuatan fizikal khususnya kaki
Memerlukan ulangan latihan yang kerap agar lebih mahir
Mencabar bukan kalau kita belajar berenang?
Perkara yang bermain difikiran saya, kenapa berenang ini salah satu sukan sunnah Nabi Muhammad SAW? Apa sebenarnya yang tersembunyi disebalik sukan renang?
No comments:
Post a Comment