05 February 2009

Sifu dan Tongga


Filem terbaru arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen....

begitu gah persembahan dari segi promosi dan pemasaran kerana watak utama dah menggambarkan ini merupakan filem lawak yang terhebat dalam sejarah perfileman negara.

Walau bagaimana pun, filem ini umpama indah dari segi perkhabaran mulut yang berbicara dari kalangan kanak-kanak kecil yang mengenali ikon pelawak negara Nabil Raja Lawak dan Saiful Apek sahaja. Apabila ditonton dan difikir secara analitikal dan kritis, filem ini umpama membawa cerita yang begitu ringan dan tidak membuatkan masyarakat Malaysia berfikir secara analitikal. Tetapi rakyat Malaysia terpaksa berfikir apa yang cuba disampaikan oleh filem ini sebenarnya. Penceritaan yang begitu tidak jelas ditambah kesukarannya apabila penggunaan bahasa yang sukar difahami dalam filem ini semasa berkomunikasi, paling ketara semasa Sifu (Apek) dan Tongga (Nabil) berkomunikasi antara mereka berdua...

Teknik komunikasi yang berkesan penting dalam menyampaikan maklumat jika tidak "noise" akan wujud dan mengganggu pemahaman masyarakat dalam memahami jalan cerita.

Watak dan perwatakan cerita dalam filem ini pun boleh dipertikai... seperti watak Milah (Fauziah Gous) yang dijadikan penyebab Sifu dan Tongga keluar dari Hutan Kediaman mereka kepada kehidupan moden juga tidak berapa kuat untuk dijadikan sebab. Ini kerana, penculikanya umpama tidak munasabah dan tanpa penyelidikan awal oleh si penculik bahawa wujudnya masyarakat belantara itu. Adalah lebih baik watak Milah itu dibawa oleh pelakon-pelakon wanita baru yang boleh dibawa ketengah.

Watak yang boleh dikatakan menjadi adalah Azwan Ali yang begitu bersahaja dan tenang semasa membawa watak Mak Nyah di tepi jalan. Hebat ... itu tidak dapat dinafikan...

Secara keseluruhannya filem ini tidak berapa bagus dan mungkin membawa kerugian sahaja, dan jalan cerita yang cliche dan agak ringan...

Walaubagaimanapun, penaja filem ini mendapat promosi yang begitu baik dalam filem ini... Terima Kasih kepada Sinar Harian, Karangkraf dan penaja yang lain.

Apakah masalah dengan filem Sifu dan Tongga ini??? Siapa yang harus dipersalahkan??? Pelakon??? Pengarah??? Penerbit???Penulis Skrip???Penaja??? atau Penonton???

Fikirlah sendiri!!!!!!!!!!!!!!!

1 comment:

mint said...

memang kebanyakan movie prof a.razak mohaideen ni jenis ringan macam makan keropok je..