02 July 2011

Berenang... I need STRENGTH


Pengalaman belajar berenang bersama rakan-rakan dan jurulatih Mr. Syafiq, memang menyeronokan yang dulu saya langsung tidak tahu berenang, sekarang boleh lah buat "breaststroke" a.k.a kuak dada 

Apa yang saya rasa semasa berenang adalah: 

Pernafasan perlu dalam keadaan tenang dan perlahan

Perlu mempunyai stamina yang kuat, secara jujur saya boleh berlari tanpa henti di atas "treadmill" sejauh 4km tanpa henti, tetapi berenang sejauh 23m sahaja sudah cukup membuatkan diri letih dan tidak larat (mungkin baru-baru lagi)

Memerlukan gerakan kaki dan tangan dalam kordinasi yang seimbang

Memerlukan kekuatan fizikal khususnya kaki

Memerlukan ulangan latihan yang kerap agar lebih mahir

Mencabar bukan kalau kita belajar berenang? 
Perkara yang bermain difikiran saya, kenapa berenang ini salah satu sukan sunnah Nabi Muhammad SAW? Apa sebenarnya yang tersembunyi disebalik sukan renang? 


01 July 2011

Final Data Analyses using Hierarchical Regression

Ini adalah final data analysis bagi hipotesis yang ke -3

Walaupun, keputusan yang diperolehi kelihatan tidaklah begitu memeningkan kepala, tetapi analisa yang perlu dilakukan merupakan kerja yang agak bisa membuatkan diri ku ini menjerit!!!

Tahniah kepada SPSS kerana berjaya memeningkan kepala ku sendiri...

Berharap agar tekad (bak kata HAZAMI) menuju ke akhir garisan...

Mudahkan buat regression...

Rutin Harian

Perkara biasa setiap hari, rutin harian adalah menghadirkan diri seorang diri di Bilik Siswazah, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP)

Sekarang sedang berjuang untuk menghabiskan penulisan tesis penyelidikan, rasa macam senang tapi...
PERLUKAN KEKUATAN

Semangat berjuang, menukar "mindset" yang malas kepada bersungguh-sungguh dan buat sampai selesai (baik dan bermutu)

Berjalan-jalan di Kota Singa


Pengalaman menarik apabila pertama kali menjejakan kaki ke Kota Singapura
tiada apa yang lebih menggembirakan bila melihat perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan Malaysi bumi bertuah ini.

Bergambar di hadapan ION sungguh menarik.

Apa yang lebih menarik, menaiki MRT dari Little India ke Stesen Dhoby Ghaut untuk menuju ke Orchard...

Pening masa membeli kad yg bernilai S$2.10, hujan emas di negeri orang, hujan batu dinegeri sendiri.

Apa yang menarik MRT (macam monorail di Kuala Lumpur) mempunyai kelengkapan fasiliti, lampu bib bagi setiap stesen hentian dan digital tag untuk setiap hentian, sama sekali tidak seperti monorail, terpaksa mencari-cari dan bertanya "sekarang ada dimana?"

apa pun menarik bukan...

01 July 2009

Keruntuhan Stadium Sultan Mizan




Apakah isu yang timbul berikutan keruntuhan Stadium Sultan Mizan, Terengganu?

Secara logiknya keruntuhannya boleh dikategorikan sebagai kesilapan dari segi struktur binaan. Secara umumnya kita ketahui kedudukan Terengganu berada di kawasan pandai timur, dan faktor angin monsun boleh menjadi penyebab, mengapa ini berlaku.

Gambar menunjukan bahawa kedudukan bumbung sebelah kiri stadium lebih besar dan tinggi, ini menunjukan, kuasa untuk memerangkap angin lebih tinggi, dan boleh menyebabkan rekahan atau "constuctional cracks" kerana terpaksa melawan angin.

Adakah ada sebab lain yang menyebabkan perkara ini berlaku???

05 February 2009

Sifu dan Tongga


Filem terbaru arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen....

begitu gah persembahan dari segi promosi dan pemasaran kerana watak utama dah menggambarkan ini merupakan filem lawak yang terhebat dalam sejarah perfileman negara.

Walau bagaimana pun, filem ini umpama indah dari segi perkhabaran mulut yang berbicara dari kalangan kanak-kanak kecil yang mengenali ikon pelawak negara Nabil Raja Lawak dan Saiful Apek sahaja. Apabila ditonton dan difikir secara analitikal dan kritis, filem ini umpama membawa cerita yang begitu ringan dan tidak membuatkan masyarakat Malaysia berfikir secara analitikal. Tetapi rakyat Malaysia terpaksa berfikir apa yang cuba disampaikan oleh filem ini sebenarnya. Penceritaan yang begitu tidak jelas ditambah kesukarannya apabila penggunaan bahasa yang sukar difahami dalam filem ini semasa berkomunikasi, paling ketara semasa Sifu (Apek) dan Tongga (Nabil) berkomunikasi antara mereka berdua...

Teknik komunikasi yang berkesan penting dalam menyampaikan maklumat jika tidak "noise" akan wujud dan mengganggu pemahaman masyarakat dalam memahami jalan cerita.

Watak dan perwatakan cerita dalam filem ini pun boleh dipertikai... seperti watak Milah (Fauziah Gous) yang dijadikan penyebab Sifu dan Tongga keluar dari Hutan Kediaman mereka kepada kehidupan moden juga tidak berapa kuat untuk dijadikan sebab. Ini kerana, penculikanya umpama tidak munasabah dan tanpa penyelidikan awal oleh si penculik bahawa wujudnya masyarakat belantara itu. Adalah lebih baik watak Milah itu dibawa oleh pelakon-pelakon wanita baru yang boleh dibawa ketengah.

Watak yang boleh dikatakan menjadi adalah Azwan Ali yang begitu bersahaja dan tenang semasa membawa watak Mak Nyah di tepi jalan. Hebat ... itu tidak dapat dinafikan...

Secara keseluruhannya filem ini tidak berapa bagus dan mungkin membawa kerugian sahaja, dan jalan cerita yang cliche dan agak ringan...

Walaubagaimanapun, penaja filem ini mendapat promosi yang begitu baik dalam filem ini... Terima Kasih kepada Sinar Harian, Karangkraf dan penaja yang lain.

Apakah masalah dengan filem Sifu dan Tongga ini??? Siapa yang harus dipersalahkan??? Pelakon??? Pengarah??? Penerbit???Penulis Skrip???Penaja??? atau Penonton???

Fikirlah sendiri!!!!!!!!!!!!!!!

03 February 2009

Hidup Baru

Sekarang hidup perlu diteruskan juga dalam mencari keutuhan hati nurani...
Setelah mencari jalan meneruskan cita-cita sebagi "wedding planner" dan "caterer" perlulah mencari sokongan yang kuat dalam memacu hidup agar jadi lebih berjaya dari orang yang di anggap mentor menyisihkan kita...

Sekali meninggalkan tempat ilmu dicari dan didalami, perlu lebih kedepan kita pergi dalam mempraktikkan ilmu yang diperolehi... Barulah tepat kata nurani... "Kalau berjalan biar ke depan, Kalau ditinggalkan buktikan dengan kejayaan".